Create your Blog on PORTAL ZAIS BEAUTY FORMULA | HOME
Resepi Masakan
About me
Age
Location Malaysia
Zodiac Sign Virgo
Currently Reading :
Listening to :
Last Movie :

Blog
Resepi Masakan
Pelbagai resepi dan petua masakan yang istimewa & mudah untuk dicuba.


Like


Dislike


Links
Petua Kecantikan Muka


Archive
last days
March 2010
January 2010
December 2009
October 2009
September 2009
August 2009
July 2009
June 2009
May 2009
April 2009
March 2009
February 2009
January 2009
December 2008
November 2008


Counter
042830 VISITS!


Quote


Credits
template by :
Template by V4NY
Postato by :: amie on :: Saturday, 28 February 2009
Posted at :: 06:19

Ingin menjimatkan wang kerana santan kelapa??


Walaupun zaman semakin moden... bila kita nak masak boleh beli santan segera.Memang tak di nafikan senang nak dapat tapi harganya makin meningkat setiap kali musim perayaan. Tapi tak lah sesegar kelapa yang baru diparut. Nak tau tak rahsia kelapa yang baru di parut


boleh bertahan lama........ha....apa lagi...ambil la kertas dan pen...untuk menulis.


Caranya...,pertama skali ambil sudu dulu...jangan sudu plastik...


lepas tu, ambil pula garam sedikit... apa lagi....mula la menggaul kelapa campur garam dengan menggunakan sudu tadi....tak percaya...cubala sendiri...baru lah tau betul ke tak petua nie...



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:17

Ingin membuat cucur yang enak untuk suami yang tersayang


kadang-kadang kita ni memasak untuk suami ala kadar jer asalkan boleh makan..boleh kenyang tapi kita mesti tau masakan kitalah yang boleh mengikatkan lagi kasih sayang antara suami dan keluarga juga.Jangan lupa untuk mencubanya.Untuk menjadikan cucur ikan bilis lebih sedap,rangup dan lembut,masukkan semua bahan untuk diuli seperti ikan bilis dan bawang ke dalam satu bekas.Lubangkan ditengah-tengah adunan dan masukkan ke dalam air panas.Masukkan air garam.Uli seperti biasa dan gorengkan.Cucur anda juga akan tahan lebih lama.


CucurUdang-2.jpg picture by boo_licious



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:14

Hilangkan bau hanyir ikan


Untuk menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan,sapukan ikan yang telah disiang dengan asam jawa dan sedikit air.Biarkan seketika dan kemudian cuci ikan tersebut.Taburkan sedikit tepung gandum,ramas dan biarkan seketika.Cuci sekali lagi...Insya-Allah akan nampak keberkesananya...




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:10

Buah tembikai segar dan enak


Bagi menikmati keenakan buah tembikai dan untuk mengelakkan dari sebarang alahan yang mungkin dialami,rendamkan terlebih dahulu buah tembikai sebelum dipotong ke dalam sebaldi air selama 5 hingga 6 jam.


Setelah direndam,barulah dipotong dan dimakan.Insya-Allah buah akan terasa lebih segar.




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 06:07

Ibu-Ibu mahu Ikan rebus tahan lama,cara-caranya ialah


Semasa dalam proses merebus masukkan cuka makan,asam keping dan sedikit garam.Cubalah..... InsyaAllah ikan rebus akan tahan lama dan lebih pejal.




- Link - comments


Postato by :: amie on :: Friday, 27 February 2009
Posted at :: 07:32


Tanggalkan kesan getah nangka


Buah nangka sememangnya enak dimakan namun anda berdepan dengan masalah menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Atasinya dengan menggosokkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih. Insya-Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya.


Selamat mencuba...Laughing



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 07:23


Mengekalkan kelembapan kek


Untuk mengekalkan kelembapan kek, simpankan kek di dalam bekas yang tertutup bersama-sama sepotong roti. Gantikan apabila roti kelihatan sudah kering. Selain itu, anda boleh menyimpan kek bersama sebiji epal yang sudah dikupas.


Untuk kek buah, lebih baik jika ia dibalut dengan kertas minyak ketika ia masih panas agar dapat menambahkan tekstur kek.


Cubalah ya..Smile



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 07:16


Cili kering hilangkan kutu beras


Bagi yang berhadapan dengan masalah kutu beras yang sering kali terdapat di dalam bekas simpanan beras anda, cara mengatasinya mudah sahaja. Ambil segenggam cili kering, potong dua dan gaulkan bersama beras yang disimpan. Biarkan cili kering tersebut sehingga hasilnya dapat dilihat. Insya-Allah dengan cara ini masalah kutu beras dapat diatasi.


Cubalah ya. Dengan ini tiada lagi kutu beras di rumah anda...hehehehe.Smile 



- Link - comments


Postato by :: amie on :: Friday, 20 February 2009
Posted at :: 06:00









Lembutkan Bubur Kacang 


Bubur kacang..Aduh-aduh dengar jer namanya mesti meleleh air liur yerk.Tak kisahlah bubur kacang ke,bubur hitam atau gandum sering menjadi hidangan minum petang.Cuma anak-anak kena tahan sabar di sebabkan bubur kacang ni lambat empuk.


Sekarang kita tak akan menghadapi masalah ini dengan mengikuti caranya iaitu elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras.Tunggulah hingga kacang menjadi empuk,barulah dimasukkan garam serta gula.Mudah saja cara ni jadi jangan tak cuba ok.


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 05:59








   


Teppanyaki Hotate 


Nama jer pelik bahan dia biasa jer senang di buat enak di makan...


Bahan-Bahan:


.900gram isi tiram


.300gram mentega bawang putih


.2biji lemon


.200 ml minyak soya


Cara membuatnya:


1)Bersihkan isi tiram dan potong dua


2)Panaskan minyak dan masukkan isi tiram dan gril sehingga masak


3)Masukkan mentega dan kacau sebati


4)Sedia dihidangkan


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 05:58








            


 Gyu Uzu Maki Moromi Yaki


Jangan pening kalau tak dapat cari sos moro..sos maggi pun jadilah tapi kalau tak sedap jangan marah...


 


Bahan-bahan:


.1.8kg daging batang pinang(dihiris nipis)


.3 paket cendawan Enoki


.200gram daun bawang


.400 ml sos Miso Moro


.200gram bawang(dicincang)


.200gram cendawan Shitake(Dicincang)


.100ml minyak soya


 


Cara membuatnya


1.Letakkan daging di atas papan pemotong. Tambahkan cendawan Enoki dan daun bawang di bahagian tengah. Gulung kemas dan ketat


2.Panaskan sedikit minyak dan gril gulungan daging tadi sehingga daging masak


3.Masukkan bawang dan shitake dan biarkan sehingga kekuning-kuningan


4.Kemudian,masukkan sos Miso Moro


5.Sedia dihidangkan


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 05:57










Teppanyaki Ebi


Wow !!!udang harimau tu.. sooooodapp hingga menjilat jaaaari..nyamm..nyamm


Bahan-bahan:


.2kg udang harimau besar


.300gram mentega stok udang


.2 biji lemon


.200ml minyak soya


 


Cara Membuatnya


1)Buang kulit udang dan belah belakang. Bersihkan dan tos. Ketepikan.


2)Panaskan minyak dan masukkan udang di atas kuali


3)Gril udang sehingga masak.


4)Kemudiaan,masukkan mentega stok udang. Biarkan sehingga cair, baru masukkan udang.


5)Sedia dihidangkan.




- Link - comments


Postato by :: amie on :: Monday, 16 February 2009
Posted at :: 08:38

 


Kerabu Pucuk Paku         


Tak balik kampung pun tak pelah(zaman makin susah) ... dapat makan lauk ni terubatlah sikit hati...


bahan-bahan:


500gm pucuk paku }


300gm tauge }di celur terlebih dahulu dan jangan terlalu lembik


1sudu kerisik


2 batang serai }


50gm cili padi }dikisar


2sudu besar udang kering }halus


1 ulas bawang merah -dihiris


sedikit garam dan gula


 


Cara-cara membuat:


1)Campurkan pucuk paku dan tauge dengan bahan kisar dan kerisik.


2)Letakkan bahan perasa secukupnya dan gaul hingga sebati.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 08:35


 


Kerabu Kacang Botol


selaaalu sibuk ataupun(malas sikiit)jangan marah. cuba laH resepi ini simmmple sangat...


 bahan-bahan:


500gm kacang botol -dihiris


2butir telur masin -direbus dan diambil isinya


Sedikit cili padi -dihiris


2 ulas bawang merah -dihiris


sedikit sos (tak kisah jenama apa)


Sedikit limau purut -dihiris halus


Sedikit garam dan gula


 


Cara-cara membuatnya:


*Campurkan semua bahan dan digaul sebati. Taburkan sos ikan di atasnya.


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 08:27

 


 


Daging Salai


kalau anda inginkan sesuatu yang hebat dan luar biasa cubalah resepi daging salai special ni...


Bahan-bahan:


1kg daging -dibakar


10gm kunyit hidup } dikisar


70gm cili padi }


3gm garam


3gm serbuk kunyit


25gm serai


3tangkai cili merah -dititik


2helai daun kunyit -disiat halus


10gm asam keping


1kg ubi kentang -dipotong empat


20gm santan


3sudu kecil garam


 Cara-cara membuatnya


1)Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga ubi kentang dan daging empuk


2)Kemudiaan barulah diangkat


 



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 08:19

woku1.jpg picture by rurihujiansyah


 


Ikan Panggang Kuali                       


nama yang pelik ni boleh menceriakan seisi keluarga..tak percaya???cubalah...


bahan-bahan:


1kg ikan bawal-digoreng terlebih dahulu


200gm cili kering        }


210gm bawang besar }


10gm kunyit hidup     } dikisar halus


20gm halia                   }


10gm belacan             }


10gm lengkuas           }


20gm gula


150gm mimyak


600gm santan


Cara-cara membuatnya:


1)Tumis bahan kisar hingga naik minyak.. kemudian masukkan santan dan masak hingga pekat.


2)Apabila santan pekat,masukkan ikan dan bahan perasa secukupnya. Biarkan hingga masak.


  



- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 07:52

 


Udang Tempoyak Dengan Daun Kunyit 


(sape suka dengan tempoyak? memang syokk kalau cuba resepi ni...)


Bahan-bahan:


1kg udang


400gm tempoyak


4helai daun kunyit - dihiris halus


100gm cili merah }


30gm Cili padi     }dikisar


Sedikit minyak


5gm garam


5gm gula


3gm serbuk perasa



Cara membuat:


1)Tumis bahan kisar hingga keluar minyak. Kemudian masukkan tempoyak dan sedikit air. Tunggu hingga mendidih.


2)Masukkan udang dan daun kunyit dan bahan perasa secukupnya. Tunggu seketika ,barulah diangkat



 



- Link - comments


Postato by :: amie on :: Wednesday, 11 February 2009
Posted at :: 10:02








Paru_Semor_Suun.jpg picture by drecipetiquette


Paru Goreng Bercili  


dah jemu makan daging,ayam boleh tukar selera dengan Paru...


Bahan-bahan:


½ kg paru direbus dan dipotong nipis


1 biji bawang besar


5 ulas bawang putih


5 Tangkai cili merah


Sedikit garam,gula dan serbuk perasa.


Cara Membuat


1.Gorengkan paru yang telah di potong.


2Tumis bahan kisar sehingga naik bau.


3Gaulkan dengan paru yang telah digoreng.


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 10:01









Ketam masak Him Kok Hai  


Jangan tak percaya makan sehingga menjilat jari...Nyum..Nyum


Bahan-bahan:


600 gm ketam nipah}dibersihkan dan diketuk


garam secukup rasa


1 sudu makan jintan putih}ditumbuk halus


Bahan-bahan untuk di kisar:


3 biji bawang merah


3tangkai cili merah


Cara membuatnya:


1.Tumiskan semua bahan yang telah dikisar.Masukkan jintan putih yang telah siap di tumbuk.Tumis sehingga pecah minyak.


2.Masukkan ketam dan tambahkan garam.Gaul dalam kuali dan masak selama lima minit.Angkat dan hidangkan.


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 09:58









Ketam Masak Mentega Telur Masin 


Cubalah makanan tradisional yang diperbaharui menjadi masakan zaman terkini..Belum try belum tau.....


Bahan-Bahan:


600 gm nipah


½ biji telur masin yang telah siap direbus


1 tangkai daun kari


½ cawan susu cair


10 gm cili padi}di tumbuk halus


2 sudu marjerin


Garam secukup rasa


Cara membuatnya:


1.Panaskan marjerin di dalam kuali.Masukkan cili padi yang telah ditumbuk.Tumiskan selama lebih kurang 3 hingga 5 minit.


2.Masukkan telur masin,susu cair dan daun kari.Kacau dan masukkan garam secukup rasa.


3.Akhir sekali masukkan ketam yang telah di bersihkan,Masak selama lebih kurang 10 minit.Angkat dan hidangkanlah.


 


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 09:56








Ketam Szechuan


Dah biasa makan masakan melayu apa salahnya kita cuba masakan ala-ala cina




Bahan-bahan:


600 gm ketam}dibersihkan dan diketuk bukan dihentak yea




Bahan-bahan untuk dikisar:




100 gm cili kering


1 inci halia


10 gm halia


1 biji bawang besar


1 sudu cuka




Cara membuatnya:




1.Tumiskan bahan yang telah dikisar kemudian masukkan garam secukup rasa




2.masak selama lima minit dan masukkan ketam.Kacau dan biarkan ketam masak sebelum memasukkan cuka.Gaul hingga ketam sebati dengan ramuan.Angkat dan silalah jamu selera bersama keluarga.


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 09:55








Ikan BBQ


Ingin pergi berkelah bersama rakan-rakan anda.Sangat bagus hidangan Ikan BBQ ini...sudah semestinya seronok...


Bahan-bahan:


1 ekor ikan siakap sederhana besar


2 sudu makan taucu


2 sudu makan sos cili


1 sudu makan sos mangga


garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk dikisar


10 gm cili padi


3 ulas bawang putih


Cara membuatnya:


1.Gorengkan ikan siakap hingga masak.Kemudian angkat dan ketepikan seketika.


2.Tumiskan bahan yang telah siap dikisar hingga pecah minyak.Masukkan taucu,sos cili,sos mangga


3.Tambahkan garam secukup rasa.Masukkan ikan dan biarkan seketika.Angkat dan hidangkanlah.




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 09:52








Udang Hong Lam


Nama lauk jer macam cina tapi masakan melayu jangan risau halal untuk di makan.


Bahan-Bahan:


500gm udang}dibersihkan
1tangkai daun kari
2 sudu serbuk kari
1/2cawan susu cair
1 sudu makan marjerin
Garam secukup rasa


Bahan-bahan untuk dikisar:


1batang serai}dipotong kecil
2biji bawang merah
2ulas bawang puting
10 gm cili padi


cara membuatnya:
1.Panaskan marjerin di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar.Tumis hingga naik bau.


2.Masukkan daun kari diikuti dengan serbuk kari.Kacau dan masukkan pula susu cair.Biarkan hingga mendidih.Akhir sekali masukkan garam.Kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan.


 




- Link - comments


Postato by :: amie on ::
Posted at :: 09:49









 Sotong Goreng Tepung


Bahan A


Ambil 1/2kg sotong-bersihkan dan potong kecil-kecil


Bahan B


Ambil 2 mangkuk tepung jagung


Ambil juga sedikit garam sahaja jangan lebih-lebih nanti masin pulak.


Serbuk perasa juga sedikit sahaja


Secubit kapur


2 sudu cuka


Air secukupnya


Cara membuatnya


1.bancuh bahan B di dalam mangkuk hingga rata


2.Kemudian masukkan sotong yang telah di potong tadi ke dalam bancuhan tepung tadi dan gaulkan


3.Goreng tepung tu pastikan guna minyak yang banyak dan panas..Angkat setelah kekuning-kuningan.Hidang dan makanlah bersama-sama keluarga tersayang




 



- Link - comments