SELAMAT DATANG

ALAM KECANTIKAN ZAI"S BEAUTY FORMULA

RAHSIA KECANTIKAN WARISAN DIRAJA  

Zai’s Beauty Formula  Produk kecantikan tanpa kimia beracun. Tanpa Pengawet, Pewangi, Pewarna dan  Penyatu. Proses pembuatan mengikut Ilmu Penapaian cara tradisional Rahsia Warisan Diraja. Pengilangan & Penjualan Produk Zai’s Beauty Formula dilakukan sepenuhnya oleh Zaimal Sdn Bhd (Pemilik Produk Zai’s Beauty Formula & Salon Alam Kecantikan Zai’s Beauty Formula). Zai’s Beauty Formula tidak menggunakan khidmat Pengilang Kontrak(Contract Manufacturer) & tidak ada pengedar. Mutu & Keselamatan produk terjamin.

 

Selamat Datang Ke Portal Zai's Beauty Formula. Semoga dengan adanya Portal ini memudahkan lagi pengguna Zai's Beauty Formula & tetamu yang ingin berkenalan dengan kami.

 

Pihak kami telah menyediakan pelbagai juadah berunsur Hiburan, Maklumat, Renungan dan Permasalahan melalui Lamanweb Zai's Beauty Formua, Lamanweb Zaimal Sdn Bhd, Lamanweb Sekapur Sireh, Laman Blog Zai's Beauty Formula, Laman Forum Zai's Beauty Formula, LamanWeb Khas Ahli ZBF dan Laman Forum Khas Ahli ZBF. Kerana hidangan yang begitu pelbagai maka agak sukar bagi Pengguna ZBF dan Tetamu ZBF untuk menikmatinya dalam keadaan berterabur. Ramai Pengguna ZBF telah meminta pihak kami untuk permudahkan mereka berinteraksi dengan kesemua Lamanweb, Forum serta Blog yang diuruskan oleh kami. Sebagai PENGHARGAAN kami kepada Pengguna Setia Zai's Beauty Formula dan Pengunjung yang tidak jemu jemu melawat ke Lamanweb rasmi Zai's Beauty Formula, nikmatilah Portal Zai's Beauty Formula.

 

Kami berharap anda akan terhibur sambil dapat menimba ilmu yang manfaat disini. Jika anda bertuah menjadi Ahli ZBF, gunalah Lamanweb Khas Ahli ZBF dengan bertanggungjawab. Sebarang Ilmu yang didapati mesti digunakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab agar menafaatkan diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

 

Zai's Beauty Formula mempunyai 3 Jenis Ahli iaitu Ahli ZBF, Ahli Kelab ZBF dan Ahli Portal ZBF.

 

*Bahagian Ahli ZBF tidak dapat di masuki oleh ahli biasa. Dikhaskan Untuk Ahli ZBF sahaja. Untuk kesana Lihat Panel mukasurat ini bahagian kanan. Ingin menjadi Ahli ZBF Wink - [hanya untuk pengguna setia(lebih 1 satu tahun jadi pengguna) Zai's Beauty Formula. Tertaluk kepada kebenaran pihak pengurusan] Klik Saya Kissuntuk mendaftar -Pendaftaran Percuma

 

*Bahagian Ahli Kelab ZBF hanya untuk Ahli ZBF dan Semua Pengguna Zai's Beauty Formula (Pengguna Baru dan Lama) Tertaluk kepada kebenaran Pihak Pengurusan. Untuk kesana Lihat Panel mukasurat ini bahagian kanan. Berminat menjadi Ahli Kelab ZBF? Klik sayaKissuntuk mendaftar- Pendaftaran Percuma.

 

*Bahagian Ahli Portal ZBF pula terbuka kepada "Guest atau Umum" yang melayari Portal ZBF ini. Untuk menjadi Ahli Portal ZBF anda hanya mendaftar dimukasurat ini. LIHAT PANEL SEBELAH KIRI BAHAGIAN ATAS SELEPAS "MENU UTAMA"- Anda boleh mendaftar disitu.Smile Anda tidak perlu menjadi Pengguna Zai's Beauty Formula untuk berdaftar. Bahagian yang dikhaskan kepada anda dapat anda lihat dipanel sebelah kanan Portal ini. Kepada anda yang telah mendaftar untuk masuk ke Portal ZBF, pihak kami mengucapkan terimakasih kerana sudi melayari kesini. Semuga anda dapat mengenali Zai's Beauty Formula dengan lebih rapat dan menjadi Komuniti Zai's Beauty Formula yang begitu ramai sehingga kami terpaksa membuka Portal ZBF. Kami berharap anda terhibur dengan segala hidangan yang telah disediakan dengan penuh ikhlas dan kerjasama dari Ahli Keluarga Zai's Beauty Formula dan Rakan rakan kami dalam Komuniti Zai's Beauty Formula.

 

Pihak Pengurusan Zaimal Sdn Bhd ingin mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada KELUARGA "ZAI'S BEAUTY FORMULA" yang berkerja dan berusaha penuh dedikasi dan ikhlas. Tanpa mereka tiadalah KEHEBATAN ZAI's BEAUTY FORMULA.

 

Setinggi Penghargaan juga diberikan KEPADA PELANGGAN SETIA "ZAI'S BEAUTY FORMULA". Ada diantara pelanggan sudah menjadi pengguna melebihi 20 tahun, dan ada juga begitu ramai ahli keluarga mereka yang meliputi 2 generasi menjadi Pengguna Zai's Beauty Formula. Kepada mereka semua kami ingin mengatakan kami amat berbangga dan berbesar hati kerana telah dapat mengenali mereka dan dapat berkhidmat dan menyumbang terhadap penghidupan mereka. Semuga mereka akan terus berpuas hati dengan khidmat ikhlas kami......

 

 

 

SELAMAT BERHIBUR

 

Ikhlas dari,

Pihak Pengurusan Zaimal Sdn Bhd

 
Terkini - Penipuan Industri Kecantikan & Kesihatan
 47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam - Berita Harian, 15 Ogos 2010
 Produk mata RM3j dirampas - Harian Metro, 6 Oktober 2010
 Sukar hapus ubat papan - Harian Metro, 21 Oktober 2010
 Doktor proses ubat batuk di rumah - Harian Metro, 9 Jun 2010
 
Lagi Berita Penipuan

Enam produk kosmetik disahkan mengandungi racun

5 Mac2010/19 Rabiul Awal 1431

KUALA LUMPUR 4 Mac - Enam produk kosmetik disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan selepas disahkan mengandungi racun berjadual.

Produk tersebut adalah Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewal Night Cream, Chantique Whitening Night Cream dan NV Toner Treatment No. 1 serta No. 2.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian, Eisah A. Rahman berkata notifikasi produk berkenaan telah dibatalkan berikutan mengandungi racun berjadual sama ada tretinoin atau hydoroquinone atau kedua-duanya sekali.

"Penggunaan bahan tersebut tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik kerana boleh menyebabkan kesan sampingan kepada pengguna jika digunakan tanpa nasihat doktor," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Menurutnya, tretinoin boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, mengelupas dan terlalu sensitif kepada cahaya matahari manakala hydoroquinone pula boleh menyebabkan proses dipigmentasi.

"Proses dipigmentasi mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang boleh memberi risiko kanser kulit.

"Dipigmentasi berlebihan sangat berbahaya kepada penduduk yang tinggal di kawasan iklim tropika," jelasnya.

Orang ramai dinasihatkan agar menghentikan penjualan, pengedaran dan penggunaan produk tersebut serta-merta.

Katanya, mereka yang memiliki produk berkenaan adalah melanggar Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan kedua.

 

********************

Boleh maut terangsang

        Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
        anbia@hmetro.com.my
        2010/02/11

     KUALA LUMPUR: Penemuan memeranjatkan apabila produk Viagra yang selama ini              sinonim dengan golongan lelaki, diubah suai penggunaannya secara haram oleh sebuah              syarikat jualan langsung (MLM) bagi dijadikan ‘resipi rahsia’ produk perangsang tenaga              batin khusus untuk wanita.

viagra palsu

 

BUKTI...Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Mazlan Ismail menunjukkan laporan Jabatan Kimia. Penemuan itu amat mengejutkan pihak berkuasa berikutan produk persis `viagra wanita’ itu dijual secara haram dan diakui boleh mengancam nyawa ribuan wanita yang mengambilnya kerana menyangka ia makanan kesihatan.


Bagaimanapun, penjualan produk `viagra wanita’ itu tumpas selepas pihak penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas produk `panas’ yang bernilai hampir RM1 juta, semalam.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mohd Hatta Ahmad berkata, serbuan dilakukan serentak di seluruh negara oleh pegawai penguat kuasa farmasi dengan dibantu pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terhadap cawangan dan syarikat jualan langsung terbabit.

Menurutnya, lebih 200 pegawai penguat kuasa farmasi menyerbu serentak lebih 20 premis kira-kira jam 11.30 pagi semalam selepas risikan dilakukan sejak lebih sebulan lalu.“Serbuan dilakukan selepas produk edaran syarikat berkenaan dihantar terlebih dahulu ke Jabatan Kimia Malaysia, Kementerian Sains , Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Makmal Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diuji bagi memastikan kandungan berbahaya di dalamnya.

Hasil ujian makmal mengesahkan produk untuk wanita mengandungi kimia berbahaya tadalafil manakala produk untuk lelaki mengandungi kimia hydroxythiohomosildenafil yang kerap dicampurkan dalam produk rangsangan seks haram,” katanya.

Dalam operasi semalam, beliau dibantu Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM , Wan Hamid Wan Ibrahim menjalankan pemeriksaan di ibu pejabat syarikat jualan langsung itu di Taman Shamelin Cheras, di sini. “Setiap kotak produk terbabit yang mengandungi 10 bungkus kecil berisi serbuk perangsang dijual pada harga RM300 sekotak

“Kimia taladafil dalam produk itu boleh menyebabkan saluran darah mengembang secara tidak normal selain menyebabkan pelbagai tindak balas pada tubuh seperti mati mengejut, sakit kepala, gangguan perut, penglihatan, kesan sampingan seperti sakit kepala, otot selain boleh menyebabkan penyakit hati dan buta. “Bahan kimia itu amat berbahaya kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi. Ia boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam,” katanya Menurutnya, kimia taladafil yang disifatkan tiga kali lebih kuat dari kimia sildenafil yang terkandung dalam pil Viagra pastinya boleh menyebabkan pelbagai implikasi buruk apatah lagi jika dimakan setiap hari.


“Kedua-dua produk itu diedarkan ke seluruh negara termasuk turut dieksport ke Indonesia berdasarkan invois ditemui dalam syarikat milik seorang kenamaan itu. Hasil serbuan itu, KKM turut memeriksa satu kilang di Melaka,” katanya.

 

**************************

 

 

 

 

 
PENIPUAN OLEH INDUSTRI KECANTIKAN
     

 

KUALA LUMPUR: The Health Ministry has recalled 27 local cosmetic products from the market for notifications that did not comply with the definition of cosmetics.

Among the products recalled were the Permata Hijrah Ainun eye toner manufactured by Seri Ummi Sdn Bhd, Ainun Syifa eye toner by Yamni Industries Sdn Bhd, Ainun eye toner from AlJabbar Manufacturing Sdn Bhd and the Alkaline Therapy Pearl Extract by Permata Hijrah Resources.

In a statement on Thursday, the ministry said the products were taken back as they were notified as cosmetic products but that its directions required the preparation to be used as eye drops.

"Products used as eye or nose drops do not fall under the definition of cosmetics and should be controlled as pharmaceutical products.

"Products that are classified as cosmetics cannot be used for treatment purposes, as it is a substance or preparation intended to be placed in contact with various external parts of the human body (epidermis, hair system, nails, lips) or with teeth and the mucous membranes of the oral cavity, with a view exclusively or mainly to cleaning them, perfuming them, changing their appearance and/or correcting body odours and/or protecting them or keeping them in good condition," it said.

The statement added that such products must also be manufactured in GMP (Good Manufacturing Practice) certified premises, which had specific facilities to produce sterile products and this was a factor not met by the recalled items.

The ministry advised public to be more careful and wiser when buying cosmetic products and avoid from being influenced by testimonials advertised by manufacturers. - BERNAMA

  

 

12 skin creams banned for health danger

2009/12/10

By Annie Freeda Cruez

KUALA LUMPUR: The National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) has banned 12 cosmetic products that contain ingredients, including scheduled poisons, that are dangerous to health.

The products are Felisa Gentle Peeling Solution, Krim Malam Rahsia Rimba, Biocosmet Whitening Essence Cream, H2O + Waterwhite Brightening Night Cream, Magixpress Lightening Plus, A.Vant Cream, Eriesya Spa Beauty Cream, Natasya Krim Herba, Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya, Ratna Sari Whitening Night Cream, Atika Beauty Renewal Night Cream and Chantique Whitening Night Cream.

The bereau cancelled the registration of the products over the past 11 months because they contained the prohibited ingredients tretinoin (retinoic acid) and hydroquinone.

NPCB no longer allows the import, manufacture, distribution and sale of these products, and must be removed from the shelves.

Tretinoin, used to control acne, decongests the pores by peeling the superficial skin layer. The problem is that the acne would get worse before it gets better, and side effects include scaling of the skin, stinging, swelling or flushing.

In 2006, the US Food and Drug Administration recommended that products with hydroquinone be sold only under prescription because it was a possible carcinogen and for a possible link found in studies in Africa to a skin disorder called ochronosis.

Last year, NPCB banned six cosmetic products for similar reasons -- Khazanah White Pembersih Wajah, Gloskin Krim Malam & Siang, Reena's Astringen Lanjutan, Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk, EETYE Whitening Cream and O'Lynn Skin Lightening Cream.

 

*************************************

 

 

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang,

termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

 

***************

 

         

               Keratan Akhbar : Ancaman kosmetik murah - Kandungan raksa tinggi, risiko barah kulit - Kosmo, 12 Ogos 2008                Posted by Izwanon 22/09/2008 (313 reads)               

Ancaman kosmetik murah - Kandungan raksa tinggi, risiko barah kulit - Kosmo, 12 Ogos 2008

KUALA LUMPUR - Sah mengandungi raksa yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)!



Itulah beberapa produk kecantikan untuk mencerahkan kulit paling berkesan yang berlambak dijual di pasaran pada harga serendah RM5.

Amat meyakinkan kerana ia bukan produk kaki lima tetapi dijual di dalam kedai yang menjual pelbagai lagi produk kecantikan lain.

Kandungan raksa di dalam produk-produk kosmetik tersebut setelah dibuat kajian oleh sebuah agensi kerajaan mendapati ianya terlalu tinggi iaitu 2,359 ppm (parts per million) iaitu melebihi paras yang dibenarkan oleh KKM iaitu O.5 ppm.

Bahan kimia tersebut mampu mencerahkan kulit muka dalam tempoh kurang satu minggu tetapi bahaya yang menanti bakal mencacatkan wajah seumur hidup.

Menurut sumber agensi terbabit, antara penyakit yang boleh disebabkan oleh bahan kimia tersebut ialah barah kulit dan mematikan sel darah.

Wartawan Kosmo! yang membuat tinjauan untuk membongkar penjualan barangan yang berbahaya ini mendapati kebanyakan pembelinya adalah suri rumah yang berpendapatan rendah.

Kebanyakan produk yang dijual diimport dari Indonesia dan Thailand dan ada yang berani menjenamakan semula kononnya ia adalah produk buatan Malaysia.

Menurut seorang penjual di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, produk tersebut adalah sebagai memenuhi kehendak golongan tertentu.

"Bukan semua orang mampu membeli yang berjenama terkenal dijual di pasar raya besar dengan harga yang mahal.

"Sebenarnya, jenama sahaja mahal tetapi kandungan di dalamnya sama dengan apa yang saya jual dan orang ramai tidak tahu," dakwanya.

Jelasnya, biarpun harganya murah, dia mendakwa produk yang dijual mendapat kelulusan KKM.

"Memang produk ini tidak berdaftar tetapi tidak apa dan boleh dijual kerana ia tidak mengandungi campuran beracun iaitu hydrokuinon.

"Kami (penjual) boleh jual benda ini, ia tidak salah pun, kalau awak nak jadi pengedar pun boleh kerana ejen ada di seluruh Malaysia," kata penjual tersebut.

Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm 

 

************************

 

               Keratan Akhbar : Krim maut herba palsu - Harian Metro, 25 Mac 2009                Posted by Izwanon 26/03/2009 (336 reads)               

Krim maut herba palsu - Harian Metro, 25 Mac 2009

KUALA LUMPUR: Bahaya besar menanti apabila sebuah syarikat kosmetik dikesan mencampurkan `resipi maut’ kimia hydroquinone ke dalam produk dijual kononnya produk kecantikan wajah itu dihasilkan sepenuhnya dari herba kunyit dan daun alovera bagi mencantikkan kulit muka.

Penipuan terancang itu bagaimanapun terbongkar selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menghidu taktik licik pengedar produk kosmetik itu yang memperoleh jutaan ringgit hasil penjualan produk itu.

Dalam operasi besar-besaran di seluruh negara semalam, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjaya merampas 18,145 botol krim `maut’ dianggarkan bernilai hampir RM1 juta.

Operasi membabitkan beratus pegawai penguat kuasa farmasi KKM itu dilakukan serentak di 18 pejabat dan stokis syarikat kosmetik itu di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Sumber Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM berkata, serbuan besar-besaran itu dilakukan selepas Jabatan Kimia melakukan ujian makmal mengesahkan produk kosmetik itu mengandungi kimia hydroquinone yang dilarang penggunaannya.

Menurutnya, siasatan sebelum ini mendapati produk kecantikan berkenaan yang dijual dalam bentuk krim berwarna kuning sebaliknya mempunyai kadar kandungan kimia hydroquinone yang tinggi.

“Pihak pengedar cuba mengelirukan pengguna dengan mendakwa krim kuning itu dihasilkan daripada herba terpilih. Pengguna diminta menyapukan krim pada wajah tanpa perlu bimbang terhadap sebarang kesan pengelupasan.

“Berdasarkan maklumat pada kotak produk itu, ia didakwa berupaya menghilangkan kesan jeragat dan jerawat pada wajah pengguna tanpa sebarang kesan mudarat,” katanya.

Menurutnya, produk krim berbahaya itu dijual dengan harga sekitar RM50 setiap satu dan turut dieksport ke Brunei.

“Pengedar produk berkenaan tidak pernah serik walaupun syarikat berkenaan yang terletak di Kedah pernah diserbu pegawai KKM tahun lalu.

“Bagaimanapun wanita pemilik syarikat itu tidak memberi kerjasama penuh kerana maklumat diberi berhubung kedudukan pengilang produk itu palsu,” katanya.

Menurutnya, walaupun sudah dikenakan tindakan namun pemilik syarikat berkenaan terus berdegil dan masih menjual produk yang diubah imej luaran pada kotak produk itu.

Sementara itu, dalam operasi serentak yang bermula jam 11 pagi semalam, kira-kira 11 pegawai penguat kuasa Farmasi KKM menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di Sri Kembangan yang menjadi stokis produk kosmetik berbahaya itu.

Hasil pemeriksaan itu, sebanyak 11 kotak produk kosmetik dirampas pegawai farmasi atas kesalahan menjualnya kepada orang ramai.

Pemilik produk itu jelas melakukan kesalahan dan boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama atau RM50,000 bagi kesalahan kedua.

“Selain itu, dia boleh didakwa mengikut Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang membawa hukuman denda RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, pengguna perlu berhati-hati berikutan kimia hydroquinone boleh menyebabkan penyakit keradangan, koma dan sawan selain berhadapan risiko barah.

 

******************************

 

 

 

               Keratan Akhbar : Serbuk sewel kurus badan - Harian Metro, 2 Jun 2009                Posted by Izwanon 03/06/2009 (506 reads)               

 

Serbuk sewel kurus badan - Harian Metro, 2 Jun 2009

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan mengesan satu produk menguruskan badan yang boleh mendedahkan pengguna wanita kepada risiko gila berikutan penemuan bahan kimia berbahaya sibutramine atau digelar ‘serbuk sewel’.



Produk terbabit yang didakwa mampu membersihkan tubuh daripada toksik selain membakar lemak dikesan sengaja dicampur bahan kimia terlarang itu bagi memastikan pelanggan memperoleh perubahan pantas.

Dijual dengan harga lebih RM60 sekotak, ia berselindung di sebalik kandungan protein soya, beras dan ekstrak teh hijau untuk memperdaya pengguna yang membeli produk terbabit.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan berkata, resipi sulit dalam produk melangsingkan tubuh itu dikesan selepas pihaknya menjalankan siasatan kandungannya, baru-baru ini.

Menurutnya, hasil ujian makmal di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, produk berkenaan mengandungi kimia berbahaya sibutramine tanpa pengetahuan pengguna.

“Hasil ujian makmal itu, kami melakukan serbuan serentak jam 11.30 pagi semalam di pusat penjualan dan stokis syarikat yang dikesan menjual produk itu di ibu kota, Pahang, Selangor dan Terengganu sejak beberapa bulan lalu.

“Di ibu pejabat syarikat itu di sini lebih 1,700 kotak produk terbabit dirampas.

“Hasil serbuan sama, lebih 50 pegawai penguat kuasa farmasi terbabit dengan serbuan itu merampas 53 kotak di Pahang dan 43 kotak di Selangor.

“Semua produk yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM150,000. Sepanjang operasi terbabit, kami tidak mendapat sebarang tentangan,” katanya.

Berdasarkan siasatan, pihak pengedar produk terbabit mengelirukan pengguna apabila memberitahu kononnya kandungan serbuk menguruskan badan itu diperbuat daripada susu soya, beras, herba dan ekstrak teh hijau.

Beliau berkata, agak aneh apabila produk serbuk mengandungi kimia terlarang itu turut didakwa boleh menyembuhkan pelbagai sakit puan.

Jurucakap itu berkata, ubat yang mengandungi sibutramine hanya boleh dibekal doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor kerana penggunaan tanpa pengawasan doktor tidak selamat.

Penggunaan ubat yang mengandungi sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti tekanan darah dan kesan kardiovaskular lain.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengingatkan penjualan, pemilikan untuk penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.

Individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

sumber: http://www.hmetro.com.my

 

 

 

**************************

 

 *********************

 

 

 

Kementerian Kesihatan serbu rumah Adi Putra - Metro Ahad, 17 Januari 2010

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kediaman kanak-kanak dianggap genius matematik, Adi Putra Abdul Ghani, 11, dan keluarganya di Taman Berlian, Gombak,

diserbu Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebelum ubatan bernilai RM600,000 dirampas, pagi semalam.


TUMPAS... Mazlan dan pegawai farmasi meneliti ubat yang dirampas.

Ketika serbuan, dua wanita berada di premis terbabit, seorang dikenali sebagai Titi Sri Wahyuni Bustami, 38, dan seorang lagi dipercayai saudara keluarga Adi Putra.

Bagaimanapun, Adi Putra serta keluarganya tiada di situ kerana dikatakan menghadiri seminar di Sabah dan usaha mendapatkan komen mereka gagal.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi KKM, Mazlan Ismail, berkata sebelum serbuan, pihaknya mendapatkan sampel Ubat Penawar Sendi Tulang terbabit di pasaran.

“Hasil ujian klinikal dijalankan, ia disahkan mengandungi steroid dan bukan ramuan tradisional seperti tertera pada pelekat botol.

“Steroid sangat berbahaya kerana boleh mendatangkan kesan sampingan seperti reput tulang, tekanan darah tinggi, badan menjadi sembab, obesiti, kerosakan ginjal dan pelbagai lagi,” katanya di lokasi serbuan.

Dalam masa sama, enam jenis ubatan lain dirampas dan akan menjalani ujian klinikal bagi mengetahui kandungan sebenarnya.

Selain Ubat Penawar Sendi Tulang, ubatan lain dirampas turut tidak mempunyai pengesahan KKM dan dipercayai ada di pasaran sejak beberapa bulan lalu.

“Jika sabit kesalahan, individu berkaitan boleh didakwa mengikut Seksyen 7 (1a) Akta Jualan Dadah 1992 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kami nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memilih ubat dan dapatkan nasihat daripada kakitangan farmasi atau doktor pakar sebelum mengambilnya,” katanya.

Sementara itu, Titi Sri Wahyuni mendakwa tidak mengetahui apa-apa berkaitan ubatan itu sama ada ia dibenarkan untuk jualan atau sebaliknya.

“Saya tak tahu apa-apa sebab baru sebulan kerja di sini. Saya hanya bertugas melekatkan label Adi Putra pada botol serta meletakkannya dalam kotak.

“Saya juga tidak pernah memeriksa atau mengesyaki apa-apa sejak bekerja di sini. Saya hanya melakukan tugas manakala waktu kerja juga tidak menentu, pagi dan malam saya berniaga menjual pelbagai jenis pakaian,” katanya.

Sebelum itu, Metro Ahad menerima aduan daripada pihak tertentu yang sangsi dengan Ubat Penawar Sendi Tulang kerana ia sama dengan satu lagi ubat dijual di Kedah.

Bagaimanapun, ubat dengan gambar Adi Putra berjubah juga berserban dijual lebih mahal berbanding di Kedah dengan harga hanya RM6 sebotol.

Tinjauan Metro Ahad terhadap rumah teres dua tingkat itu mendapati banyak kotak dan botol kosong diletakkan di dalam plastik di bahagian bawah kediaman berkenaan.

Ada juga ubatan yang siap berbungkus dan menunggu masa pelanggan datang mengambilnya. Difahamkan, edaran ubatan terbabit adalah ke seluruh negara.

Sumber: http://www.hmetro.com.my

****************************************

 

JANGAN MUDAH TERPEDAYA DENGAN IKLAN. BELAJAR MEMBACA LABEL PRODUK & DAPATKAN ILMU PENGETAHUAN SUPAYA BIJAK MENGGUNA MINDA  

 

 


                   
 
JANGAN LUPA JADI AHLI DENGAN BERDAFTAR DI PORTAL ZAI"S BEAUTY FORMULA

 

 
AWAS! KOSMETIK BERJENAMA JUGA MERBAHAYA

 

NAK TAHU LEBIH LANJUT SILA KLIK DISINICoolIsikan saja Jenama Kosmetik Pada Kotak "SEARCH"

 
TAHAP RACUN DALAM PRODUK KECANTIKAN ANDA

EWG-SATU BADAN NGO DUNIA (NON PROFIT) TELAH MENYEDIAKAN DATABASE KADAR BAHAN BERACUN DALAM PELBAGAI JENAMA PRODUK KECANTIKAN. KLIK PADA GAMBAR DIBAWAH DAN ANDA AKAN DIBAWA KE MUKASURAT BARU DAN SILA TAIP "JENAMA" PRODUK KECANTIKAN YANG ANDA INGIN TAHU TAHAP RACUN DALAM PRODUK TERSEBUT.  SILALAH..TERUSKAN..JADILAH PENGGUNA BERILMULaughing

UNTUK KESANA SILA KLIK GAMBAR DIBAWAH

 
PENIPUAN INDUSTRI MAKANAN KESIHATAN
Keratan Akhbar : Air Ikan Haruan boleh ancam nyawa - Harian Metro, 26 Mei 2009Posted by Izwanon 27/05/2009 (670 reads)

Air Ikan Haruan boleh ancam nyawa - Harian Metro, 26 Mei 2009

KUALA LUMPUR: Produk Air Ikan Haruan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang boleh mengancam nyawa pengguna akan terus dirampas tanpa

banyak soal daripada peniaga ubat-ubatan tradisional sekiranya ia didapati masih dijual kepada orang ramai.

 

Produk Air Ikan Haruan yang tidak mempunyai sebarang khasiat selain boleh menyebabkan kerosakan pada sistem tubuh dianggap sebagai bahaya dan penjualannya jelas satu kesalahan di bawah peruntukan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Produk Air Ikan Haruan buatan Malaysia itu menjadi isu di negara jiran Singapura kelmarin, selepas pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran rakyat republik itu supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label Air Ikan Haruan kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang tidak diisytiharkan.

Dalam satu kenyataan, pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura mendakwa ujian makmal mengesan kimia dexamethasone, sejenis ubatan berbahaya dicampur dalam ubatan berkenaan.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM, berkata walaupun operasi demi operasi merampas produk Air Ikan Haruan itu dilakukan dari semasa ke semasa, bekalan produk berkenaan tidak pernah putus.

Menurutnya, berdasarkan alamat tertera pada botol, air itu didakwa dihasilkan di sebuah kilang di Tanjung Piandang Perak, namun siasatan mendapati ia alamat palsu.

“Pihak penguat kuasa farmasi percaya, pengeluar produk itu sering berpindah-randah bagi mengelak kilang haramnya dikesan. Apa yang pasti produk Air Ikan Haruan tidak pernah didaftar dengan KKM dan memiliki nombor pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag KKM.

“Oleh itu, produk ini sepatutnya tidak boleh dipasarkan apatah lagi dieksport ke luar negara berikutan ia tidak mematuhi syarat ditetapkan KKM,” katanya.

Menurutnya, selain produk berkenaan, siasatan KKM sebelum ini mendapati kebanyakan jamu diseludup dari negara jiran turut mengandungi racun seperti kodein, steroid, sindenafil nitrat, plumbum, merkuri serta pelbagai kimia berbahaya.

Antara jenama jamu pernah dirampas dan dikenal pasti adalah Pil Tupai Jantan, Jaya Asli Anrat, Flu Tulang dan Cicungya, Busterin, Super Tetra, Kapsul Super Tenaga, Jamu Pendang, Maajun Kuat, Maajun Putra Acheh Cap Keris, Jamu Monalisa, Ubat Kuat Madu Pasak Bumi, Pil Pria Perkasa dan Pil Asrirapat

Menurutnya, walaupun ada yang percaya produk itu baik untuk memulihkan pendarahan dalaman atau menyembuhkan luka akibat pembedahan namun ia bukan dihasilkan dari ikan haruan sebaliknya campuran kimia yang tidak diketahui.

“Oleh itu saya menasihati orang ramai berhati-hati dan tidak menggunakan produk ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan produk tidak berdaftar diminta menghubungi pejabat Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM di talian 03-7968 2200,” katanya.

sumber:
http://www.hmetro.com.my

 

 

 

     
 
NAKKAN CANTIK DAN TAK BERSYUKUR INILAH JADINYA!!!

 
SEGALA YANG KARUT
    Keratan Akhbar : 20 bomoh mengaku doktor - Harian Metro, 12 Ogos 2008     Posted by Izwanon 12/08/2008 (278 reads)    

20 bomoh mengaku doktor - Harian Metro, 12 Ogos 2008

KUALA LUMPUR: Gempar apabila serbuan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan, mendapati tujuh klinik haram di seluruh negara didapati melakukan penipuan licik, termasuk dikendalikan kira-kira 20 doktor pakar ‘cap ayam’ iaitu bomoh menyamar pegawai perubatan bertauliah.



Kebanyakan doktor palsu terbabit dikesan hanya menjadikan ramuan akar kayu tradisional yang diimport dari negara jiran sebagai ubat merawat pesakit.

Siasatan bahagian berkenaan mendapati mereka yang ternyata tidak memiliki sebarang ijazah khusus dalam bidang perubatan mengendalikan pusat rawatan terbabit berdasarkan pengetahuan cetek berkaitan penggunaan majun, jamu dan ubat seludup dari China.

Malah, pelbagai jenis ubat digunakan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan yang rata-ratanya mengandungi steroid.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berkata, pihaknya pernah mendapat laporan berhubung kegiatan penyamaran terbabit oleh satu daripada cawangan klinik itu di Kuching, Sarawak.


Susulan itu, katanya, sepasukan pegawai menyerbu klinik berkenaan pada 10 Jun lalu sebelum mendapati pengusahanya tidak mempunyai kelayakan dalam bidang perubatan.

Beliau berkata, lelaki berusia 50 tahun itu didapati membuka klinik terbabit sejak beberapa tahun lalu dengan menawarkan pelbagai jenis rawatan kepada pesakit.

Hasil pemeriksaan terhadap klinik itu, pihaknya menemui hampir 200 botol pelbagai majun dan lima botol ubat sakit tulang tidak berdaftar dan ubat sapu.

“Pemilik klinik terbabit yang menggunakan gelaran doktor pada pangkal nama menjalankan operasi bersama seorang lagi lelaki yang turut mendakwa sebagai doktor bertauliah,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati klinik terbabit mempunyai lebih 10 cawangan seluruh negara dan luar negara.

“Berdasarkan risalah ditemui, pengusaha klinik terbabit tidak hanya menawarkan rawatan moden, tetapi menjalankan terapi rawatan lain seperti refleksologi, homeopati dan rawatan alternatif.

“Selain itu, ia mendakwa mampu mengubati penyakit berbahaya seperti kanser, sakit jantung, resdung selain memulihkan ketagihan dadah, rokok dan arak,” katanya.

Ini menimbulkan kecurigaan apabila mendapati lebih 20 pemilik klinik terbabit menggunakan gelaran doktor.

Satu serbuan serentak dilakukan terhadap enam cawangan klinik itu baru-baru ini.

“Dua cawangan klinik terbabit di Selangor, satu di Johor, Pahang, Terengganu dan Sarawak diserbu sebelum pemiliknya disoal siasat.

“Hasil pemeriksaan, semua pemilik klinik terbabit gagal menunjukkan ijazah kelayakan perubatan daripada universiti yang diiktiraf Kementerian Kesihatan selain tidak memiliki sijil berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia bagi membolehkan mereka beroperasi,” katanya.

Mereka turut didapati melakukan kesalahan dengan sewenang-wenang menggunakan nama klinik tanpa mendaftarkannya.

“Kami menemui pelbagai jenis majun, jamu dan ubat tidak berdaftar dari klinik terbabit dianggarkan bernilai lebih RM1,000,” katanya.

Semua ubat-ubatan itu dirampas dan ‘doktor’ tidak bertauliah itu bakal dikenakan tindakan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 (Pindaan 2000) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 bagi kesalahan pertama atau RM50,000 bagi kesalahan kedua.

Tindakan menyebarkan risalah mendakwa mereka sebagai doktor bertauliah turut menjadi kesalahan yang boleh didakwa mengikut Akta Iklan dan Penjualan Ubat 1956 dan denda tidak kurang RM3,000.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20080812085143/Article

*******************************

 

  Keratan Akhbar : KKM serbu pusat kecantikan - Harian Metro, 26 Mac 2009   Posted by Izwanon 26/03/2009 (457 reads)  

KKM serbu pusat kecantikan - Harian Metro, 26 Mac 2009

AMPANG: Beberapa jam selepas menerima laporan berhubung kematian seorang pengurus syarikat akibat rawatan membuang lemak dilakukan, sepasukan pegawai Bahagian Penguat kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyerbu pusat kecantikan itu, petang semalam.

Dalam operasi jam 4 petang semalam, lima pegawai KKM segera menjalankan siasatan menyeluruh ke pusat rawatan kecantikan itu di Jalan Ampang, di sini.

Sumber KKM berkata, pegawai penguat kuasa KKM cuba mengenal pasti ubat-ubatan yang digunakan di pusat rawatan terbabit sama ada ia berdaftar atau diseludup masuk ke negara ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan rapi, pegawai KKM menemui hampir 15 botol cecair steroid yang didapati tidak berdaftar dengan KKM.

“Ada kemungkinan cecair itu digunakan untuk suntikan ketika merawat pelanggan. Pihak kami sedang menyiasat sumber cecair steroid berkenaan diperoleh.

“Selain itu, doktor yang mengendalikan pusat kecantikan itu turut disoal siasat bagi mendapatkan kepastian berhubung rawatan yang dilakukan,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan, doktor lelaki berusia 50-an mendakwa klinik tiga tingkat itu turut dijadikan pusat rawatan spa di tingkat atas.

“Doktor itu memberitahu turut mempunyai kelayakan sebagai pakar kecantikan selain di bidang kosmetik surgeri. Setakat ini, kenyataan doktor berkenaan sudah diambil.

“Bagaimanapun, sewaktu siasatan, pegawai KKM tidak menemui ubat-ubatan lain dari premis berkenaan walaupun ada menemui kotak kosong cecair vitamin C yang digunakan untuk suntikan kecantikan,” katanya.

Menurutnya, selain doktor lelaki itu, pegawai KKM turut mengambil kenyataan dari pembantu klinik dan menyiasat rekod rawatan pesakit.

Difahamkan, pihak polis sebelum ini menjalankan siasatan terhadap pusat kecantikan dan klinik berkenaan petang kelmarin sebelum menahan doktor terbabit untuk disoal siasat.

Pihak polis turut mengambil dokumen berkaitan dan beberapa barangan yang dapat membantu siasatan terhadap kes kematian Noraini Mohd Ghazali, 30.

“Mungkin kerana menyedari pemeriksaan susulan akan dilakukan pegawai KKM, pihak klinik terlebih dulu membuang atau menyembunyikan ubat-ubatan tidak berdaftar yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090326093735/Article/index_html

 

 

 

  Keratan Akhbar : Doktor seludup ubat - Harian Metro, 3 Disember 2008   Posted by Izwanon 07/12/2008 (198 reads)  

Doktor seludup ubat - Harian Metro, 3 Disember 2008

KUALA LUMPUR: Sama tapi tak serupa apabila segelintir doktor klinik swasta didapati giat menjalankan aktiviti penyeludupan pelbagai ubat-ubatan haram dengan meniru taktik sindiket dadah antarabangsa yang gemar membungkus dadah menggunakan kertas surat khabar sebelum disorokkan di dalam bagasi.



Difahamkan tindakan menyalahi undang-undang yang dipraktikkan segelintir doktor swasta ini dilakukan semata-mata untuk mengejar keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada penjualan ubat murah berkenaan di klinik masing-masing.

Siasatan mendapati, terdapat segelintir doktor ini sanggup berulang-alik ke luar negara terutama ke India untuk mendapatkan bekalan ubat tidak berdaftar ini, yang mampu dibeli jauh lebih murah dari harga ditawarkan di dalam negara.

Tindakan saudagar ubat haram ini bagaimanapun dikesan selepas Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat berhubung aktiviti beberapa pemilik klinik swasta ini yang kerap melakukan penyeludupan terutama melalui pintu masuk lapangan terbang utama.

Susulan daripada maklumat risikan diperoleh, pegawai penguat kuasa farmasi kini mengambil tindakan dengan melakukan pemeriksaan mengejut di beberapa klinik yang disyaki memberikan ubat seludup kepada pesakit.

Hasil daripada maklumat diperoleh, sepasukan lima pegawai penguat kuasa Farmasi KKM bertindak menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah klinik swasta yang dimiliki sepasang suami isteri warga tempatan di Kuchai Lama di sini.

Dalam operasi kira-kira jam 9 pagi semalam, pegawai penguat kuasa Farmasi menyoal siasat pasangan doktor terbabit berusia sekitar 40-an yang disyaki menjual ubat tidak berdaftar kepada pesakitnya.

Menurutnya, hasil daripada pemeriksaan dilakukan pegawai penguat kuasa Farmasi akhirnya berjaya menemui ribuan keping pil pelbagai ubat tidak berdaftar yang disembunyikan di dalam beberapa almari di bilik menyimpan ubat-ubatan.

“Ada antara ubat seludup terbabit turut ditemui masih berbungkus rapi dengan surat khabar dipercayai baru dibawa masuk ke negara ini.

“Siasatan turut mendapati kebanyakan pil yang diseludup itu membabitkan pil sakit sendi, steroid, antibiotik dan pelbagai jenis ubat-ubatan lain yang tidak berdaftar dan diragui kandungannya,” katanya.

Dianggarkan puluhan ribu biji pil ubat seludup terbabit mencecah lebih RM10,000 mengikut nilai pasaran dan disyaki turut dijual kepada pengusaha klinik lain.

Berdasar maklumat diperolehi, doktor berkenaan sanggup mendapatkan bekalan ubat seludup di luar negara berikutan ia lebih murah berbanding ubat-ubatan yang disahkan pengedarannya oleh KKM.

“Jika mereka membeli ubat dari syarikat berdaftar pada harga RM10 sebiji ubat seludup berkenaan boleh dibeli di luar negara pada harga RM1 sebiji” katanya.

*******************************************

  Keratan Akhbar : Resipi maut ‘ubat papan’ - Harian Metro, 7 Jun 2008   Posted by Izwanon 08/06/2008 (368 reads)  

Resipi maut ‘ubat papan’ - Harian Metro, 7 Jun 2008

KUALA LUMPUR: Menakutkan apabila pelbagai jenis ‘ubat papan’ dijual di pasaran tidak hanya dicampur steroid berlebihan, malah mengandungi kandungan cat jalan raya berplumbum, kimia pengilat lantai serta logam berat rencah sebagai resipi utamanya.



Ini berdasarkan ujian dilakukan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang mendapati ‘ubat papan’ terbabit langsung tidak mempunyai kandungan herba, akar kayu, pati ikan haruan serta ikan linang atau khasiat seperti dinyatakan pada bungkusan produk.

Kebanyakan ‘ubat papan’ terbabit yang kebanyakannya dijual di kedai runcit diedarkan secara haram oleh pengedar hantu yang sehingga kini gagal diberkas Bahagian Penguat Kuasa Farmasi berikutan kecekapan mereka menyembunyikan diri.

Berdasarkan tinjauan terbaru Bahagian Penguat Kuasa Farmasi terdapat lebih 25 jenis ‘ubat papan’ dijual berleluasa di pasaran dengan jenama terkenal ‘Kapsul Akar Kayu’, ‘Kapsul Ajaib’, ‘Cikungunya’, ‘Asam Urat’, ‘Herba Ikan Haruan Asli’, ‘Maajun Kuat’ dan ‘Pil Tupai Jantan Asli’.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080607083303/Article

*************************************

  Keratan Akhbar : Jamu reput tulang - Harian Metro, 3 Mei 2008   Posted by Izwanon 04/05/2008 (440 reads)  

Jamu reput tulang - Harian Metro, 3 Mei 2008

KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah dikecapi dalam tempoh singkat membongkar kegiatan licik seorang saudagar jamu yang mendakwa menggunakan ‘periuk ajaib’ untuk memasak pelbagai ubat-ubatan tradisional dicampur dengan pelbagai bahan kimia berbahaya termasuk steroid.

Lelaki berusia 40-an itu sebelum ini memperdaya orang ramai kononnya menggunakan resipi warisan turun-temurun untuk menghasilkan pelbagai jamu tradisional seperti mengembalikan ‘dara’ kepada wanita, memulihkan penyakit lumpuh, menguatkan syahwat lelaki dan pelbagai jenis penyakit gatal serta lenguh tulang.

Bagaimanapun, siasatan pegawai Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan mendapati dia menambah steroid dalam jumlah banyak pada pil atau kapsul jamu dihasilkan.

Lebih menakutkan, kapsul dan pil jamu yang boleh menyebabkan tulang rapuh itu kini dijual hampir di seluruh negara pada harga antara RM12 hingga RM20 sebotol.

Sumber penguat kuasa farmasi berkata, kegiatan lelaki itu terbongkar selepas sepasukan lebih 10 pegawai dari ibu pejabat yang dibantu cawangan Kedah menyerbu sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Dalam serbuan jam 11 pagi itu, penguat kuasa farmasi yang turut dibantu anggota Jabatan Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menyerbu rumah lelaki itu yang dipercayai menjadi tempat memproses jamu beracun secara besar-besaran.

“Serbuan dilakukan selepas pegawai farmasi melakukan intipan seminggu di kediaman mewah tauke jamu itu. Siasatan mendapati dia menjadikan bilik khas di belakang rumahnya sebagai dapur memproses ubat-ubatan dan jamu tanpa disedari jiran.

“Hasil serbuan, pegawai farmasi menemui ribuan botol pelbagai jenis jamu yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, Kementerian Kesihatan dan dikilangkan tanpa lesen sah,” katanya.

Sumber itu berkata, antara ubatan tradisional tidak berdaftar yang dirampas ialah jamu melawas kencing, menguruskan badan, majun Tupai Jantan, jamu Kacip Fatimah, ubat sakit buah pinggang, lelah, sakit sendi tulang dan seribu satu penyakit lain.

“Setakat ini pegawai farmasi mengenal pasti 10 jenis jamu haram yang disimpan dalam stor lelaki terbabit. Semua ubat-ubatan terlarang itu dianggarkan bernilai lebih RM50,000 mengikut nilai pasaran.

“Turut dirampas, periuk, baldi dan perkakasan yang digunakan untuk memasak jamu berkenaan yang dicampur dengan serbuk steroid sebelum diadun menjadi butiran pil kecil,” katanya.

Penguat kuasa farmasi turut menemui beberapa bekas berisi serbuk putih dipercayai steroid yang diseludup masuk ke negara ini.

“Ketika disoal siasat, lelaki itu mendakwa pernah cuba mendaftarkan ubat-ubatan tradisionalnya, namun ditolak kerana tidak mematuhi syarat.

“Namun, dia berdegil meneruskan perniagaannya dengan bantuan tiga rakan.

“Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut Peraturan 7(1)(b) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

Menurutnya, bahan steroid yang digunakan membuat jamu itu disenaraikan sebagai racun berjadual mengikut Akta Racun 1952.

“Kebiasaannya pesakit hanya menggunakan steroid sebagai ‘jalan terakhir’ selepas gagal menggunakan pelbagai kaedah lain,” katanya.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Saturday/BeritaUtama/20080503110742/Article

 

 *********************************

  Keratan Akhbar : Kopi Perangsang Beracun - Harian Metro, 19 Februari 2008   Posted by Izwanon 19/02/2008 (400 reads)  

Kopi Perangsang Beracun - Harian Metro, 19 Februari 2008

KUALA LUMPUR: Tanpa kelulusan akademik dalam bidang sains pemakanan, seorang pesara kerajaan sanggup menghasilkan ‘resipi hantu’ dengan mencampurkan serbuk kopi menggunakan pelbagai racun berbahaya yang didakwanya hanya rempah ratus berkhasiat untuk menambah daya seksual lelaki.




Resipi berkenaan yang didakwa diwarisi secara turun-temurun bagaimanapun hanya dakyah palsu lelaki beristeri empat itu apabila kopi peket berlogo lelaki alim itu boleh menyebabkan pengguna sesak nafas dan mati mengejut.

Difahamkan, serbuk kopi itu dirumus sendiri pesara berusia 40-an berkenaan dalam bilik di sebuah pangsapuri kos rendah di Seri Kembangan, Serdang dekat sini, yang diubah suai menjadi kilang haramnya.

Kegiatannya terbongkar selepas beberapa penggemar kopi di Kelantan, membuat aduan kepada pihak berkuasa kesihatan apabila berasa pening dan hampir pitam sejurus meminum sejenis produk kopi berjenama terkenal di restoran.

Susulan aduan itu, pegawai penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan cawangan Kelantan segera menjalankan siasatan sebelum memperoleh sampel kopi terbabit yang dijual bebas di kebanyakan restoran mamak dan kedai makan di negeri berkenaan.

Sampel kopi itu kemudian dihantar menjalani ujian makmal sebelum disahkan mengandungi bahan kimia sildenafil nitrat serta kafein sintetik.

Penemuan dua bahan kimia itu sekali gus membongkar bahaya produk serbuk kopi campuran itu yang diedar ke seluruh negara melalui kaedah jualan langsung.

Jurucakap bahagian penguat kuasa farmasi Kementerian Kesihatan berkata, hasil maklumat itu, beberapa pegawai penguat kuasa farmasi menjalankan risikan sebelum memperoleh maklumat produk kopi itu dihasilkan seorang lelaki di Serdang.

“Berikutan itu, satu serbuan serentak dilakukan jam 11 pagi ini (semalam) di pangsapuri terbabit selain dua lagi kediaman di Kelantan yang dikesan menjadi pengedar di negeri terbabit,” katanya.

Dalam serbuan disertai pegawai penguat kuasa farmasi Selangor itu, katanya, seorang lelaki bersama wanita, dipercayai isteri pertamanya, ditahan di pangsapuri itu.

“Ketika serbuan, lelaki berkenaan bersama isterinya sedang sibuk memproses kopi berkenaan berdasarkan penemuan beberapa bekas berisi kopi dan serbuk bahan kimia,” katanya.

Hasil pemeriksaan kemudian menemui 18,000 peket kopi yang sedia untuk dipasarkan kepada pengedar dan pemilik restoran mamak di sekitar ibu kota.

“Kopi terbabit yang sudah setahun di pasaran dijual pada harga RM5 bagi peket seberat 18 gram.

“Lelaki itu mampu hidup mewah dengan memiliki Mercedes Benz dan pelbagai kereta mewah lain hanya melalui penjualan kopi itu,” katanya.

Sementara itu, di KOTA BHARU, pegawai penguat kuasa farmasi merampas 1,668 peket kopi jenama sama bernilai RM8,400 di sebuah premis di Kampung Rengas, dekat Pasir Mas, semalam.

Kopi yang kononnya mampu memberi kesan ala ‘Viagra’ dan dikilangkan di Seri Kembangan itu dipercayai mengandungi sejenis bahan beracun yang boleh memberi kesan sampingan hingga membawa maut.

Difahamkan, bungkusan peket kopi berkenaan hanya mencatatkan mengandungi kopi, ginseng, rempah ratus serta tongkat ali.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Kelantan berkata, serbuan itu dibuat selepas pihaknya melakukan risikan selama seminggu hasil maklumat orang ramai.

Menurutnya, satu sampel sudah diuji di Jabatan Kimia dan didapati positif mengandungi racun sildenafil, sejenis racun berjadual Kumpulan B Jadual 1 Senarai Racun yang termaktub dalam Akta Racun 1952 (semakan 1989).

Semua barang dirampas itu disimpan di cawangan penguat kuasa farmasi untuk siasatan lanjut kerana disyaki mengandungi racun tanpa mengikut peraturan Akta Racun.

“Jika sabit kesalahan, pengedar terbabit boleh dihukum mengikut Seksyen 32(2) Akta Racun 1952 iaitu denda maksimum RM5,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Difahamkan, kimia terbabit berbahaya, terutama kepada mereka yang menghidap darah tinggi, lemah jantung dan kandungan lemak tinggi dalam badan kerana boleh menyebabkan tekanan darah terlalu rendah.

Selain itu, boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit kepala, gangguan perut dan penglihatan serta sakit otot. Malah, ia mampu merebak kepada penyakit hati dan menjadi buta.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Tuesday/BeritaUtama/20080219093053/Article

News

Wednesday March 3, 2010

Sulu Sultan at it again

By YENG AI CHUN


KUALA LUMPUR: The Sultan of Sulu and North Borneo conferred honorific titles to three Malaysians yesterday, despite the controversy surrounding the legitimacy of the titles.

Calling himself executive secretary and Keeper of the Royal Seal for the Sultanate of Sulu and North Bornea, Datuk Seri Putra Eddy T. Sulaiman presented the titles – Justice of Peace and Darjat Kebesaran Kesultanan Sulu – in a rented boardroom.

Dressed in a suit, a songkok wrapped with a yellow band, a yellow tie and wearing the royal seal, he gave a brief speech urging the recipients to behave accordingly to honour the Sultan’s name.

The investiture was witnessed by friends of the three recipients – Molly Malakias, 39; P. Elamaran, 43; and T. Ramasundram, 60.

Accepting the honour: Putra Eddy conferring a title on Elamaran in Kuala Lumpur Tuesday.

    

In a Starprobe report last year, it was highlighted that foreign datukships were on sale for those willing to pay between RM80,000 and RM250,000.

Then Minister in the Prime Minister’s Depart-ment Datuk Seri Dr Rais Yatim clarified that Mindanao datukship was not recognised by Malaysia.

In 2003, the Selangor Royal Council issued a statement on behalf of Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, saying that the sultanates of Mindanao and Solo were not recognised by the Philippine, Indonesian and Malaysian governments.

At the “ceremony”, Putra Eddy unsheathed a wooden keris, said a prayer and pinned a yellow sash on the recipients before presenting them with certificates and letters of conferment.

After the ceremony, Putra Eddy said only 40 titles were conferred this year compared with more than 100 last year.

Asked about the legitimacy of the titles, he said: “It is a political matter. Unless you are the Prime Minister or Hishammuddin (the Home Minister), I’ll talk to you. You are just a reporter.”

He then made a hasty exit.

Elamaran, who described himself as a businessman, said he did not pay for the title.

“It was offered to me because of my charity work.

“Since I got it, I will use it on my business card,” he said.

Molly, too, said she did not pay for her JP award.

She claimed she was also conferred a datukship by the Sultan last year because of her work as a United Nations Peace Ambassador.

[FLASHBACK:Cool"Ramai Gak Orang Melayu kita dpt Datuk Cara Ni, SULTAN2 SULU ni bukan saja bertauliah  beri datuk, keturunanpun boleh dibeli. Kalau kita ni bukan keturunan DIRAJA, bisa juga dijadikan "anak raja" oleh mereka...OF COURSE ONGKOS MESTI BESAR...! 
Ingat tak, cerita seorang pengasas kosmetik yang diberi oleh mereka gelaran "PRINCESS"......He..he..dengan wang keturunanpun boleh dibeli!]

 

******************************** 

                                  
 

MKPortal ©2003-2008 mkportal.it

Theme Sponsored by: Sila Ke Zais Beauty Formula :|: Zais beauty Formula :|: Zais Beauty Formula :|: Sila ke Zais Beauty Formula :|: Zais Beauty Formula